skjj.zoom-a.com
SK JERANTUT JAYA

| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | AKTIVITI | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | VISI & MISI PPDa | APA ITU PPDa | UNIT PPDa SKJJ | PROSIDAR | PAUTAN | BUKU PELAWAT | Untitled |

PPDa SECARA AM
 

 

 LATARBELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

 

 Pada 8hb Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan

”Dadah Musuh Utama Negara”. 

Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang

dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. 

Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

 

Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.

 
 

  MANDAT

 

Mandat adalah apa yang disuruh atau diarah oleh pihak yang bertanggungjawab dan “stakeholder” . 

Mandat juga merupakan tauliah atau punca kuasa kepada organisasi dalam membuat keputusan 

dan menjalankan sesuatu tindakan.  Mandat yang menjadi rujukan pendidikan pada hari ini ialah

Akta Pendidikan. Surat Perkeliling dan Perkeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam.

 

Berikut adalah beberapa contoh mandat yang berkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh pihak sekolah                   dalam membina strategi dan menjalankan tugasnya.


 1. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004 - Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah.2. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6 / 2006-Menangani masalah kesihatan.

 3. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 2 / 1979-Laporan murid-murid dalam keadaan risiko
                                                                    Penyalahgunaan Dadah yang memerlukan pertolongan.

 4. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1986-Penyalahgunaan inhalan
 5. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 4 / 1997-Hukuman ke atas murid menghisap rokok.
 6. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004-Langkah-langkah keberkesanan Disiplin Sekolah.
 7. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1995-Program Mencegah dan Membasmi kegiatan penagih dadah
                                                                   di agensi kerajaan.

 8. Surat Pekeliling Perkhidmatan bil 310 / 1984-Peraturan dan tindakan ke atas pegawai dan kakitangan
                                                                                  kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah.

 9. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1983-Mengenakan hukuman biasa murid-murid yang melakukan
                                                                    perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam
                                                                    peraturan pelajaran.

 10. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1983-Garis panduan kempen anti merokok di sekolah.
 11. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1995-Petikan dari akta dadah berbahaya.

12. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1975-Garis panduan untuk mengenai / mengecam orang yang

                                                                     menggunakan atau menyalahgunakan dadah.

13. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6A / 1975-Disiplin murid-murid menghisap rokok

 

  MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

 

       Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan,

         kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan

         bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah agar

         mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran

                                                  ”Sekolah Bebas Dadah 2012”.

 

 

  RASIONAL


 Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi

       menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai

        jenis dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini meyebabkan murid kita sentiasa terdedah

                     dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini,

                   Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan

                       Program Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: